1. shahinit.mail@gmail.com : dhaka24 : ঢাকা টোয়েন্টিফোর
  2. arifturag@gmail.com : ঢাকা টোয়েন্টিফোর : ঢাকা টোয়েন্টিফোর
  3. sasujan83@gmail.com : ঢাকা টোয়েন্টিফোর : ঢাকা টোয়েন্টিফোর
  4. mdjihadcfm@gmail.com : ঢাকা টোয়েন্টিফোর : ঢাকা টোয়েন্টিফোর
রবিবার, ২৬ সেপ্টেম্বর ২০২১, ০৬:২৯ পূর্বাহ্ন

Bazar Ramadan di Selangor tidak dibenarkan mulai Sabtu ini – MB

ঢাকা টোয়েন্টিফোর
  • প্রকাশিত | বুধবার, ৫ মে, ২০২১

Semua operasi bazar Ramadan di Selangor tidak dibenarkan beroperasi mulai Sabtu ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri tidak bertindak kejam dengan mengarahkan penutupan serta-merta memandangkan pengusaha atau pemilik bazar itu sudah beroperasi hampir 25 hari menjelang Jumaat ini.
“Dalam prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan bazar Ramadan tidak dibenarkan, namun semalam Menteri Kanan Pertahanan (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) mengeluarkan arahan dibenarkan.

“Kita telah membuat keputusan semua bazar Ramadan di Selangor tidak dibenarkan mulai Sabtu ini, 8 Mei ini,” katanya pada sidang media khas berhubung pelaksanaan PKP di enam daerah di Selangor di sini, pada Rabu.
Amirudin menambah, tempoh pengoperasian sehingga Jumaat dibenarkan bagi membolehkan pengurus dan pemilik gerai bazar Ramadan untuk menyelesaikan tugasan mereka terutamanya menyelenggara dan menguruskan stok-stok yang mungkin telah mereka kumpulkan pada ketika ini.
Enam daerah di Selangor diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa Khamis ini (6 Mei) hingga 17 Mei, berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.

fb-share-icon35
56

আরো সংবাদ পড়ুন




© All rights reserved &copy | 2016 dhaka24.net
Theme Customized BY WooHostBD